Kelayakan SSP Sukarelawan Polis

Pemohon polis sukarela hendaklah lulus kelayakan sama seperti mereka yang memohon jawatan polis tetap kecuali syarat umur pemohon adalah dari 18 hingga 45 tahun.

Sukarelawan perlulah seorang pekerja sepenuh masa mana-mana organisasi yang ditubuhkan, sebaik-baiknya daripada sektor kerajaan. Sukarelawan perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan mereka sebelum mereka memohon untuk menjadi sukarelawan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan telah berada di mana-mana ibupejabat polis daerah atau negeri atau boleh dimuat turun dari laman web Polis Diraja Malaysia.

Latihan

Latihan polis akan dijalankan selama 6 bulan di ibu pejabat kontinjen atau satu minggu di PULAPOL terdekat dan disambung dengan latihan dalam perkhidmatan di daerah masing-masing. Latihan tempatan akan dijalankan secara berkala sepanjang perkhidmatan mereka.

Apabila menjalani latihan berterusan SSP erhak menerima gaji dan elaun berdasarkan tangga gaji sebagai seorang pegawai atau anggota polis yang berpangkat setara.

Pegawai dan sebilangan anggota SSP Kelantan bergambar bersama Ketua Polis Negeri Kelantan selepas majlis tamat latihan asas kepolisian selama 6 bulan di IPK Kelantan